zwani.com myspace graphic comments

Monday, June 13, 2011

TANDA PADA HIDUNG

¼çmßJÅ¡t^y n?tã ÏQqèÛöãø9$# ÇÊÏÈ

Terjemahannya: Kami akan adakan tanda di atas hidungnya

(Surah Al-Qalam:16)

Sumber :Tafsir Ibnu Khathir

Dalam ayat ini,Allah Taala menjelaskan penghinaan kepada orang yang;-

1. Mendustakan ayat-ayat Allah

2. Suka banyak bersumpah dusta sebagai melindungi dirinya

3. Orang yg suka mengumpat

4. Menghemburkan fitnah ,mengadu domba,menghasut

5. Tak suka membuat kebaikan padahal dia mampu melakukannya

6. Melampau batas garis yang telah dihalalkan oleh Allah

7. Angkuh,buruk perangai,sombong

Penghinaannya ialah diletakkan ‘tanda pada hidungnya’.oleh Allah Subhanu wataala

Ibnu Jarir,memberi maksud ‘tanda pada hidung’ ialah, “Semua makhluk mengenalnya dan tiada yang tersembunyi” samada di dunia atau di akhirat.

Qatadah, memberikan maksud, “tanda keburukan yang tidak dapat terhapus darinya selama-lamanya”

Ulama tafsir lain, member maksud tanda itu “tanda ahli neraka iaitu hitam wajahnya kelak di hari kiamat”

Berdasarkan keterangan ini,marilah kita mengambil iktibar dengan menjauhi tujuh perangai diatas.Semoga Allah menghindarkan diri kita dari azab di dunia dan akhirat.

Saturday, May 8, 2010

BALASAN SEKSA KEPADA ORANG KUFUR

Balasan Allah kepada orang kufur ialah dimasukkan kedalam ‘Neraka Jahanam’.Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat.

وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ

Terjemahannya: dan bagi orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (Al-Mulk : 6 )

Yang Kufur adalah terdiri dari syaitan,manusia dan jin.

Maana ‘kufur’ mengingkari perintah dan larangan Allah.

Jenis-jenis kufur

  • Kufur at-tauhid (Menolak tauhid): Dialamatkan kepada mereka yang menolak bahwa Tuhan itu satu.
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡهِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. (Al-Baqarah ayat 6)

  • Kufur al-ni`mah (mengingkari nikmat): Dialamatkan kepada mereka yang tidak mau bersyukur kepadaTuhan
فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku (la takfurun). (Al-Baqarah ayat 152)

  • Kufur at-tabarri (melepaskan diri)
قَدۡ كَانَتۡ لَكُمۡ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ فِىٓ إِبۡرَٲهِيمَ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ إِذۡ قَالُواْ لِقَوۡمِہِمۡ إِنَّا بُرَءَٲٓؤُاْ مِنكُمۡ وَمِمَّا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ كَفَرۡنَا بِكُمۡ وَبَدَا بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةُ وَٱلۡبَغۡضَآءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَحۡدَهُ ۥۤ إِلَّا قَوۡلَ إِبۡرَٲهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسۡتَغۡفِرَنَّ لَكَ وَمَآ أَمۡلِكُ لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۖ رَّبَّنَا عَلَيۡكَ تَوَكَّلۡنَا وَإِلَيۡكَ أَنَبۡنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ

Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu (kafarna bikum)..." (Al-Mumtahanah ayat 4)

  • Kufur al-juhud: Mengingkari sesuatu
فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُواْ ڪَفَرُواْ بِهِۦ‌ۚ فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ


..maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar (kafaru) kepadanya. (Al-Baqarah ayat 89)

  • Kufur at-taghtiyah: (menanam/mengubur sesuatu)

ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ‌ۖ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّ۬ا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬ا‌ۖ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬‌ۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani (kuffar)(Al-Hadid 20)

Sunday, May 2, 2010

Apakah tujuan penciptaan bintang-bintang?

kita lihat apa kata Allah swt,kerana dia 'Khalik' maha pencipta'


وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومً۬ا لِّلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ

Terjemahannya:- dan Demi sesungguhnya! Kami (Allah) telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan bintang-bintang, dan Kami (Allah) jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami (Allah) sediakan bagi mereka azab neraka Yang menjulang-julang.

(Surah Al-Mulk : 5)


وَعَلَـٰمَـٰتٍ۬‌ۚ وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَہۡتَدُونَ


Terjemahannya : dan (ia (Allah) mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan Dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah Yang hendak dituju.

(Surah An-Nahl : 16 )

Daripada ayat-ayat diatas dapat difahami tujuan penciptaan bintang-bintang ada tiga,sebagaimana kata Qatadah bin Du’amah as-Sudusi meninggal 117H,

1- Menghiasi langit

2- Merejam Syaitan (dgn serpihan bintang-bintang seperti berbola api)

3- Menjadi pendoman perjalanan di daratan dan di lautan.

Kata belaiu “sesiapa yang mentakwil dengan perkara yang lain,maka ia telah memandai-mandai tanpa berasaskan ilmu”. Oleh yang demikian ‘Hati-hati pada penilikan nasib berpandukan bintang-bintang ‘dan kajian watak –watak berpandukannya.’(Rujukan Tafsir Al-Munir & Tafsir Ibnu Kathir)

Tuesday, March 2, 2010

Bersyukur dengan perbuatan

Didalam sebuah kelas ,seorang guru sedang menerangkan kepada murid-muridnya tentang bahagian syukur,katanya "syukur ada 3,pertama syukur dengan lidah ,yang kedua bersyukur dengan hati,ketiga bersyukur dengan perbuatan."

Seorang murid bertanya gurunya sebaik saja selesai penerangan gurunya,"bagaimana bersyukur dengan perbuatan atas nikmat yang telah lama didapati seperti nikmat kesihatan.....?Guru itu menerangkan,"gunakan kesihatan anda untuk mengerjakan perintah Allah dan jangan gunakan kesihatan anda kepada maksiat dan kejahatan........Murid faham sambil mengangguk-nganguk kepalanya.

Bagaimana anda bersyukur diatas nikmat kesihatan,panjang umur,kelapangan waktu,kemampuan harta benda dan kemahiran anda......yangmana semua itu adalah kurnian Allah yang maha Razak lagi maha pemurah.Renung-renungkanlah....

Tuesday, January 12, 2010

Saturday, January 9, 2010

Makan dan ingatlah.....




Segala makanan dari gandum,beras ,buahan dan tanaman-tanaman lain bebas kita makan kecuali yang beracun dan hak orang.Kemudian makanan itu kita proses kepada berbagai jenama seperti Nasi lemak,nasi ayam,Nasi dagang dan sebagainya.Demikianlah rata-rata sikap manusia kepada makanan.


Dan 'makan' kepada manusia suatu perkara yang mengembirakan dan membahagiakan.Kerana itu ada manusia hidupnya bertujuan untuk makan sahaja.Manusia begini berhempas pulas siang malam bekerja cari duit untuk makan saja.Malangnya orang Islam sendiri juga seperti itu sampai mengabaikan tanggungjawab mereka kepada Tuhan.


Perlulah diketahui dan disedari hakikatnya bahawa makanan yang kita makan adalah Allah yang beri.Manusia sebijak manapun tidak boleh mencipta makanan sekalipun sebesar sebutir beras,manusia hanya berkeupayaan memproses makanan itu kepada berbagai nama.Keupayaan itu pula hakikatnya Allah yang jadikan.Sebab itu manusia tidak wajar sama sekali bersikap angkuh dan sombong dengan kebolehannya.Malulah... semua yang ada pada kita adalah milik Allah.Maka disamping kita menikmati nikmat kurnian Allah jangan lupa kita akan kembali kepadaNya.dan kerana itu elakkan kufur kepadanya.Kita kena elakkan diri dari kufur atau maksiat kepadaNya kerana kuatir 3 perkara:-


1) mati ketika sedang melakukan maksiat


2) mati berkaadaan belum sempat bertaubat


3) mati walaupun kita bertaubat tetapi belum pasti taubat dari maksiat kita itu diterima oleh Allah.

Oleh kerana itu,janganlah melakukan maksiat dan jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan.

Sebagai ingatan kepada kita hayatilah firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 15,


".......Dan makanlah daripada rezekiNya(Allah) dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan".




Saturday, December 26, 2009

Al-Quran dan tafsirnya..................

Membaca al-Quran adalah amalan yang baik dan berpahala.Ia adalah sebaik-baik zikir berbanding yang lain kerana ia adalah mukjizah yang besarWajar disiplinkan diri membacanya paling kurang sehari sekali.Dan yang terbaik membacanya bersama-sama keluarga.Kenapa kita boleh istiqamahkan membaca surat khabar setiap pagi sebelum pergi kerja tetapi al-Quran tak boleh?

Seperkara lagi...paling elok membaca dan faham tafsirannya.Sebab panduan dan iktibar adalah datang dari kefahaman tafsiran ayat tersebut.Cuba ambil pengajaran dari kata Isya Ibn Muawiyah menerangkan perbandingan orang yang baca al-Quran tapi tidak tahu tafsiran adalah umpama seorang yang menerima surat Raja/Sultan pada malam hari.Tentulah isi kandungannya penting.Nak buka gelap malam.Lapu pula taada.Kalau tunggu esok pagi ...surat itu sampai malam.Ia menunjukkan penting masakan tidak kerana kalau tidak penting isi kandungan....besukpun boleh bagi.Jadi timbul berbagai persoalan dan ia mencemaskan.Dia adalah rugi dan mengabaikan titah Sultannya.

Perbandingan orang yang membaca al-Quran dan faham tafsirannya umpama orang yang menerima surat dari sultan atau raja pada malam hari dan dia dapat membaca dan faham isi kandungannya kerana ada lampu yang boleh membantunya .Orang begini beruntung kerana telah dapat menerima maklumat terlebih dahu dan dia lebih bersedia.Kemungkinan Sultan akan menganugerahkan hadiah jam 8.oo esok maka dia telah bersedia untuk itu,dan ini berbaza dengan fahaman pertama.

Renung-renungkanlah.....................